TOKYO - JAPAN #TRIPSEDARAMARA

By qayyumtravelog - 01:59:00



Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera chuols... 

  • Sehat ke tuu? harap-harap sehat hendaknya lah ye semua..   ok kali ni kami nk share sikit lah trip kami bulan Februari haritu ke Tokyo-Japan.. kali ni tema dia #tripsedaramara, sebab yang join kali ni semuanya ahli keluarga sendiri.. gitulaahh .. trip kali ni makan masa xlama, cuma 6hari 5malam.. untuk trip ni kami sempat ke TOKYO-GALA YUZAWA-KAWAGUCHIKO-TOKYO




  • Kami bertolak dari KLIA2 pukul 2.40 ptg dan sampai di Haneda International Airport pada jam 10.30 mlm (waktu japan). Memandangkan kami sampai di Jepun dah lewat malam, so kami da beli siap-siap  SUICA KAD untuk kami gunakan untuk naik train menuju ke hostel kami... kad tu kami beli dekat JTB, korang bole pergi dekat isetan KLCC or JUSCO dengan harga sekitar RM 100satu kad, dalam kad ade sekitar RM50..
  • Alhamdulillah proses di imegresen dan kastam berjalan lancar.. kami menginap di Oak Hostel Fuji dengan harga 109/malam.. korang bole booking kAt OAK HOSTEL FUJI


Gudnyte chuols!




  • Esoknya, seusai sarapan, kami terus ke Tokyo Station untuk  beli JR PASS untuk kami gunakan selama 3hari dimana pass tersebut melewati kawasan TOKYO-KAWAGUCHIKO (MT FUJI)/ GALA YUZAWA/ NIIGATA.. bole refer TOKYO WIDE PASS dengan harga 10000JPY.. sebelum beli mana-mana pass, korang kene study dululah korang nk pergi ke area mana, kang bayar mahal-mahal xdapat cover tmpt yang korang  
  • kami sesat barat dekat Tokyo Station sebab dekat station tu ade 3 office JR ni dan semua office nye berbeza-beza area..




TOKYO STATION



  • Selepas dapat je JR PASS, kami terus bergegas ke platform untuk ke GALA YUZAWA untuk main salji katenya.. perjalanan memakan masa hampir 2 jam.. sebelum bertolak kami beli dah siap-siap kudapan untuk kami kudap-kudap sepanjang perjalanan.. sempat jugak la kami qada' tidur... ahgitchuu



  • Gala Yuzawa Snow Resort ni dibuka pada bulan Disember sehingga Mei setiap tahun.. antara aktiviti yang korang boleh buat adalah SKI, SNOW BOARD dengan SLIDE..
  • Kami sempatlah main Snowboard dengan harga 2000JPY (board dan boots) kalo nak sewa peralatan lain bole refer GALA YUZAWA RENTAL ... serikk ok nak main lagi..
  • Ada harga istimewa bagi sapa yang pakai Tokyo Wide Pass.. Korang bole refer sini GALA YUZAWA untuk maklumat lanjut berkenaan tempat tersebut.. kebetulan masa kami nk beli tiket ada awek Malaysia yang kerja part time kt situ.. hihu.. tu je nk bgtau






VIEW ONTHEWAY NAK KE CENTRAL AREA..


 
SEBELUM BERSNOWBOARDING!










HAHAHA.. DAN SELEPASSS....... BARAIII






  • Kami sempat bermalan di kawasan Gala Yuzawa ni.. sebenarnya banyak je snow resort dekat area ni.. yang paling besar dan popular Gala Yuzawa tulah.. yang bestnya, kawasan peKan ni macam xde orang langsung.. untuk sampai ke hostel kami ni, kami perlu berjalan lebih kurang 20min.. dan sepanjang kami jalan kaki tu.. xde orang pon yg g kedai ke, main salji ke. haha// ok tak kelakar..


Dinner time!!



BILIK DORAEMON


















Tengok ni.. hanya kitorang 5orang je ade kat station ni.. kaughasaa!!! kami terus kan perjalanan kami ke Kawaguchiko.. Gunung Fuji, kau tunggu kami datanggg!




  • Untuk ke Kawaguchiko Area, kami naik train Chuo Line (Limited Ekspress) menuju ke Otsuki Station.. dan dari Otsuki Station kami perlu menaiki Fujikyuko Line untuk ke area Mt Fuji. bagi pemegang JR Tokyo Wide Pass, korang da xperlu pening-pening untuk beli tiket baru ok.. sebab semua area ni termasuk dalam pass tersebut..
WELCOME






  • Korang kalo datang area sini, bole cuba stay dekat HOSTEL MT.FUJI sebab host die sangat peramah dan baik hati.. even English die xbrapa ok. then hostel ni dekat betul dengan train station dan 7Eleven.. rating booking.com pon 9.5 tak silap.. berbaloi2..







  • Lepas je checkin, kami sempat pergi FUJIYAMA ONSEN .. kih kih... sekitar RM70/pax... mmg seronok lah citer diye.. hahaha hilang segala lenguh, daki segala.. yang penting bogel!



  • Kami sempat singgah ke FUJI Q HIGHLAND dengan bayaran 1500jpy.untuk bayaran masuk sahaja, kalo korang nak main or naik ride yang disediakan, sekitar themepark ni ade mesin tiket berpandukan harga bagi setiap ride.. kami pergi waktu winter, so xramai pon yang datang dan xbanyak ride yang beroperasi.. jimat la sikit duit kami.. oh ya bagi harga untuk masuk dan day pass berharga 5700JPY..  nahh kami belanja sekitar thempark tu .. enjoys!!




Tulah gunung Fuji yang dilitupi awan.. sedih sebenarnya xdpt tgk gunung Fuji tu.. penduduk tempatan bagitau kalo nk tengok gunung Fuji cantik, datang masa musim bunga dan musim panas.. allahu sajelatu nk suro datang lagi..,









  • Lepas puas  beronok-ronok, kami langsung ke Lake Kawaguchiko... xjauh pon dengan Fuji Q highland tu.. tujuan utama nk pergi sini adalah untuk cari makan.. masing-masing da kebulurr.. korang bole je naik bus, tapi kami decide untuk jalan kaki.. gigh kan... kdu..












ROTI NAN DI MAKAIHH.. INZAL!


  • Kami teruskan perjalanan kami ke TOKYO, masa kami di Tokyo , sedara kami terpaksa balik ke Malaysia sebab masa tu kami dimaklumakn keadaan mak beliau (nenek saudara) delam keadaan tenat. so kami buat keputusan untuk hantar dia balik dulu. just incase apa-ape terjadi kan...

  •  11 Februari 2017. Nenek Saudara kami telah pulang ke rahmatullah. 
          
      Hajjah Rosny Binti Haji Ali,


        Al-Fatihah..


Hari-hari terakhir kami di Tokyo hanya jalan-jalan menikmati keindahan sekitar bandar metropolitan Tokyo..










kami sempat cari restoran halal, RAMEN OUKA.. pekerja dia dari Indonesia dan Malaysia.. kenyang gilaaaa.. yang penting kenyang gila babs





SAYONARA TOKYO.. TILL WE MEET AGAIN.


korang bole jugak follow twitter / Instagram : qayyumsunawan .. thankyou.



  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Silahkan di kunjungi ya teman teman 100% Memuaskan
    > Hoki anda ada di sini <
    1 USER ID UNTUK SEMUA GAME
    Kami memberi bukti bukan Janji
    Daftar sekarang juga di www.dewalotto.club
    MIN DEPO & WD HANYA Rp.20.000,-
    UNTUK INFORMASI SELANJUTNYA BISA HUB KAMI DI :
    WHATSAPP : ( +855 69312579 ) 24 JAM ONLINE
    MELAYANI TRANSAKSI VIA BANK :
    BCA - MANDIRI - BRI - BNI - DANAMON-NIAGA
    Raihlah Mimpi Anda Setiap Hari & Jadilah Pemenang !!!

    ReplyDelete