YOU HAVE TO TASTE A CULTURE TO UNDERSTAND IT

By qayyumtravelog - 07:54:00

Selain daripada agama, budaya dan adat resam adalah menjadi tulang belakang pada seseorang mahupun sesebuah negara. misalnya seperti di negara kita yang tercinta ni, Malaysia terdiri dengan bangsa yang berbilang kaum kan, ini secara langsung menjadikan negara kita ini unik, kami cakap unik sebab kita xperlu ke negara india untuk mengenal adat resam mereka sebab dengan adanya bangsa india di malaysia ni sudah tentu adat dan cara hidup mereka lebih kurang dengan masyarakat di india (interms of perayaan, adat resam, makanan) , nak lebih unik lagi, di sabah serawak jugak terdapat pelbagai suku kaum pribumi dan mempunyai adat yang sangat unit.. secara jujurnya, kami belum pernah lagi sampai ke sabah dan sarawak..insyaAllah kalo xde aral melintang, bulan 11 ni kami akan kesana.. hew hew hew ..


bile kami berada di tempat orang, selain daripada kami ni obses dengan laut, kami juga suka melihat sendiri  adat resam penduduk tempatan/ agama orang lain.. tidak salahkan kalo kita nak mengenali adat serta budaya orang lain, bak kata pepatah, berkawan biar beribu, berkasih biar satu... gitchuuuu.. 

kami sangat tertarik dengan budaya masyarakat hindu di Bali.. ini adalah salah satu sebab kenapa saya kerap kebali, boleh kata setahun mesti tak 2kali mestik sekali ke bali...pada pendapat saya masyarakat hindu dibali sangat patuh pada agama mereka. ini saya dapat lihat bila ade perayaan, setiap lapisan masyarakat patuh pada adat dan budaya , tak kiralah dari aspek pantang larang, pakaian  dan sebagainya..


kami jugak tertarik dengan seni ukiran di bali ni, setiap daerah di bali ada pengkhususan seni tersendiri, maksudnya satu daerah mmg power dengan seni tenun batik, satu daerah dengan seni ukiran, satu daerah seni buat cincin dan sebagainya.cukup indah bukan budaya mereka...


kami sempat pergi kebali waktu mereka merayakan perayaan nyepi, perayaan ni disambut pada bulan 3 xsilap.. korang bole dtg bali waktu mereka merayakan perayaan ni, tp agak bosan la sebab mereka akan berpuasa selama satu hari daripada 7mlm sehingga 7mlm esoknya..tiada elektirk, xbole keluar hotel.. why not kan cube alami sendiri perayaan dorg..


oink oink








#kecakdance












selain daripada bali, masyarakat agama budha (thailand) jugak menarik minat untuk kami lihat sendiri budaya mereka,. mungkin adat dan culture mereka sama je dengan masyarakat budha ni negra kita kan..cumanya kami tertarik degan ukiran dan seni bina setiap tample/tokong/rumah agama mereka, sangat cantik dan unik.yelakan dah tentu agama rasmi bagi negara mereka adalah agama budha, mestilah rumah agama mereka mempersonakan.. sama jugak la mcm negara kita, kita juga mempunyai masjid2 yang cukup indah, bukan masjid je, rumah agama lain juga tidak kurang hebatnya... seperti batu cave (hindu) tokong ular penang (budha) walaupun agama rasmi malaysia adalah agama islam, tetapi agama lain jugak menikmati kesamarataan dalam beribadah , makin betambah unik negara kita  :)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments