FLORES-LABUAN BAJO : INDONESIA

By qayyumtravelog - 01:01:00


Assalamualaikum dan salam sejahtera guys.. apa khabar semuaa? camtuhh. ok kali ni kami nak share sikit last trip kami ke Labuan Bajo pada bulan Mac tempoh hari.. untuk trip kali ni, kami ambil masa selama 7hari.. dan plan asalnya trip kami ni bertiga. tetapi disaat2 akhir tinggal berdua.. 

okey.. are you ready guys? let's!




sekadar makluman, untuk sampai ke labuan bajo, kami harus transit di Bali kerana hanya pesawat dari Bali/Jakarta sahaja yang akan ke Labuan Bajo.. Hanya 3 company je yang bawak penumpang ke labuan bajo, Lion Air, Garuda Indonesia dan Nam Air.. you guys bole chek tiket penerbangan dekat sini 

Harga bagi tiket penerbangan ke LBJ (Labuan Bajo) tergantung promosi. ada yang bole dapat murah, dan mahal, tergantung rezeki masing.. Kami sarankan korang kalau nk ke labuan bajo, better korang stay satu malam dekat Bali, justincase flight korang delayed ke dari malaysia, korang xperlu risau..




DI LABUAN BAJO 

Kami sampai lewat di Labuan Bajo disebabkan oleh penerbangan kami delayed selama 3jam yeoww! haha kaughasaa.. pekan labuan bajo tu xbesar mana. Jalan pekan die oneway je .. banyak hotel area situ, so kami stay satu malam di labuan bajo sementara menunggu untuk sailing trip kami esok hari, kami stay dekat sini mur mur, Rm70/night siap breakfast.. sebenarnya banyak je lagi hotel murah... 

Kalau korang xnak buat sailing pon bole, sbb banyak je compny yang buat daytrip untuk ke pulau2 berhampiran.. 

Untuk yang kaki seafood bole try makan dekat jetty kampung sebelah (kalau tak silap)  .. mur mur okay seafood die, lobster seekor rm 15- rm 30 seekor okay... murahhhhhh dan sedappp... 





 RUMAH SINGGAH 3HARI2MALAM


SYURGA YANG DIRINDUKAN.. AXAMTEWH



SAILING TRIP 

Untuk sailing trip, kami menggunakan company Langkah Jauh ( boleh check dekat instagram.)  dengan harga 2.5juta (termasuk komodo entrence fee) bagi kami, kami sangat berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan dari sampai je kami di lapangan terbang sehingga kami pulang, servis nya cukup baguss sekali...

harga itu termasuk :
  • makan minum 3hari2mlm
  • transport dari lapangan terbang ke lapangan terbang 
  • dokumentasi perjalanan ( gambar , video, drone + gopro + camera)
  • bilik yang berhawa dingin yaarrr ( bole bukak bile malam je )
Untuk sailing kami, kami dibawa di pulau2 berdekatan seperti, Pulau Kelor ,Gili Lawa, Pulau Padar, Pulau Rinca, Pulau Kanawa, Pink Beach, Taka Makkasar, Manta Point...








NEVER STOP EXPLORING 


KOMODO ISLAND PULAU RINCA











SUNSET :)






Korang disarankan membawa kasut sukan bagi memudahkan pergerakkan korang untuk hiking dan sebagainya.. selain itu, SUNBLOCK juga kene bawak yar.. panasss die yaaampunssss... gosong wey!! before start sailing, korang bole la standby jajan dan ubat-ubatan sekiranya during sailing, korang masuk angin ke sakit ke.. ade banyak kedai dekat jetty, 

oh yaa. sebelum lupa, makesure untuk kelangsungan mengupload gambar/story/liveupdate semasa sailing, kalian disarankan untuk menggunakan telko TELKOMSEL kerana signalnya paling keren di labuan bajo. dan sebelum itu, kebarangkalian diwaktu malam, signal telko mungkin menguji kesabaran sebab menara telko menggunakan tenaga solar sepenuhnya.. so malam NO ENERGY .. 

korang jangan lepaskan peluang untuk nikmati sunrise/sunset/stargazing ok masa sailing.. kalau bole bawak DSLR ke apa ke, tolong lah bawakk.. korang tak akannnn menyesalll


PULAU PADAR




PINK BEACH





GILI LAWA




seusai sailing trip, kami mengambil keputusan untuk menginap satu malam lagi di labuan bajo, kerana kami khuatir, kami akan rushing untuk mengejar flight selepas sailing.. tapi, sekiranya korang kesuntukan masa, lepas je sailing bole je korang terus balik, kami sebenarnya mcm menyesal jugak la stay satu malam lagi di labuan bajo.. hahaha.. so better susun jadual korang molek2

kami menginap di LePirate Boatel, hotel ni sangat unik dan murah, rm60/night.. hotelnya diatas laut seperti sailing boat.. kerenn sihh...

selepas trip kami ke labuan bajo, kami ke lombok, kerana plan asalnya ingin explore lombok, sekali tak sempat.. lagipun kami da pernah pergi lombok sebelum ni, dilombok kami hanya berhibernasi sahaja didalam kamar hotel dan sightseeing kawasan sekitar Kuta Lombok



LE PIRATES BOATEL 


















kami sharekan sedikit perbelanjaan asas semasa trip kami disana:- 


KUL-DPS : RM 137
LOMBOK-KUL :RM 180
DPS-LABUAN BAJO-LOMBOK : RM 460
HOTEL BALI : RM90
SAILING : RM 700
HOTEL LABUAN BAJO : RM130
HOTEL KUTA LOMBOK :RM100
SUPIR BALI : RM60
SUPIR LOMBOK : RM50

TOTAL : RM 1907.00

Alhamdulillah trip kami berjalan dengan lancar.. sampai jumpa lagi Indonesia Timur.. :)


Maturnuwun yo!

sekiranya korang ada sebarang pertanyaan boleh email kami dan hubung

i kami seperti tetapan beriku :-

instagram : qayyumsunawan
twitter : qayyumsunawan
email : qayyumsunawan@gmail.com

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Silahkan di kunjungi ya teman teman 100% Memuaskan
    > Hoki anda ada di sini <
    1 USER ID UNTUK SEMUA GAME
    Kami memberi bukti bukan Janji
    Daftar sekarang juga di www.dewalotto.club
    MIN DEPO & WD HANYA Rp.20.000,-
    UNTUK INFORMASI SELANJUTNYA BISA HUB KAMI DI :
    WHATSAPP : ( +855 69312579 ) 24 JAM ONLINE
    MELAYANI TRANSAKSI VIA BANK :
    BCA - MANDIRI - BRI - BNI - DANAMON-NIAGA
    Raihlah Mimpi Anda Setiap Hari & Jadilah Pemenang !!!

    ReplyDelete