EUROTRIP 2018 : HELSINKI-ROVANIEMI, FINLAND

By qayyum sunawan - 19:56:00




Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera koranggg.. jumpa lagi kita yaar.. ok kali ni kami nak share sikit lah .. pengalaman trip solo kami pada awal tahun 2018 (sekarang baru rasa rajin la nak update) ... kalau korang nak tahu, antara bucket list kami lah kan salah satunya kami nak pergi tengok aurora borealis.. hahha 

kalau tak silap kami, awal tahun 2017 KLM  (DUTCH AIRLINES) ada buat sale, so kami main la tekan2 destinasi ke HELSINKI, FINLAND... sekali hamekkau harga utk flight return rm2400+- /KUL-HEL-KUL.. so kami grab siap2.. bagi kami, kalau nak ke europe / lebih jauh dari tu, xpe kot kalau kte tunggu lama sikit, as long as tiket tu tak membebankan, sbb kos kat sana (europe) tu bukan lah murah kan.. 
so u guys dah ready? he ho let's go!

Total perjalanan kami dari kuala lumpur ke finland lebih kurang 18Jam termasuk 3jam transit di Schiphol Airport... plan kami utk trip ni 15 hari, perancangan nya kami akan pergi 5 buah negara... 

Untuk trip kali ni, kami akan bermula dari HELSINKI (FINLAND) - ROVANIEMI (ARTIC CIRCLE) - SWEDEN. - DENMARK - CZECH REPUBLIC- HELSINKI-AMSTERDAM.



Kami bermalam di Helsinki untuk satu malam sebelum berangkat ke Rovaniemi keesokkan harinya.. untuk ke city center, korang bole je naik train dari airport .. cumanya bahasa tu macam kurang guna english.. keadaan airport pon macam xbusy je , sunyi.. mungkin waktu kami pergi tu waktu musim sejuk . so memang xbusy lah kot.. untuk tram korang kene beli tiket mengikut jangka masa, ada yang 3jam, 6jam and 12 jam.. so letsay korang naik tram tu melebih masa yag korang beli, korang tak dibenarkan naik ya.. city center die kecik je, so bole je nak jalan kaki dari hostel ke area town.. kalau korang nak tau, hampir semua rumah/hotel/hostel dekat finland ni ada sauna..masa kt helsinki ni kami stay dekat EURO HOSTEL jalan kaki je dari city center, yang bestnya hostel ni provide sauna for free.





ROVANEIMI 

So esok harinya kami berangkat ke ROVANIEMI menaiki Norwegian Airlines . ok nak cite  yang speselnya Rovaneimi ni adalah  kedududkan geografinya yang terletak pada garisan bulatan arctic  dan untuk pengetahuan korang, Rovaneimi dianggap sebagai tempat kelahiran santa claus gitchuu.. memandangkan kami pergi pada musim sejuk, jadi cahaya matahari memang sangat terhad, jangan terkejut yaarr pukul 2 dah gelap macam waktu malam.. tapi aktiviti kehidupan seharian di rovaneimi tu berjalan jelah macam biasa jangan lah risau semua kedai tutup pukul 10mlm waktu tempatan .. 



Welcome to Santa Hometown..




Haa tulah garisan bulatan artic . dan kami sampai di Rovaniemi pada jam 2.30 ptg .. untuk ke pusat bandar ni , memang xde train , yang ada cuma bus/mini van yang akan bawak penumpang ke pusat bandar, harga dalam 5euro je,  fyi bandar Rovaniemi ni kecik je , shuttle bus tu bawak memang dekat area pusat bandar, just inform je driver bus tu stay kt hotel/hostel mana, then dorg akan hantar... just a quick info, pusat bandar/pekan rovaneimi yang wujud sekarang ni macam bandar yang tidak tersusun dan struktur bangunan lama adalah hasil perang dunia ke-2, 


Kami stay kat Rovaniemi  ni 3hari2malam je , tempat penginapan kami tak berapa nak murah tetapi yang paling murah dekat sini, kami stay dekat HOSTEL CAFE KOTI , rata2 hotel kat area sini yaampun mahal die, dan kami datang ni kira macam peak season dorg la.. 


instagrammable kannnnn.. 

Rata-rata orang akan datang ke sini pada musim sejuk adalah untuk melihat sendiri keajaiban berlakunya fenomena AURORA BOREALIS,  dekat dunia ni ada beberapa tempat je yang berpotensi terjadinya aurora ni, antaranya Norway, Iceland, Canada , Australia..  so ia bergantung pada rezeki bukan hari2 die muncul .. so memandangkan kami ni stay 2 malam kt sini, so untuk malam 1st tu kami da siap2 book la dari malaysia aktiviti Aurora Hunting .. so ada banyak company yang sediakan aurora hunting ni.. kami guna LAPLAND SAFARI.. selesai je checkin dan jalan2 area pekan, kami ready lah nak hunting aurora ni ..

Tour kami start dalam jam 10 malam macam tu, nak dijadikan cerita, malam 1st kami untuk hunting ni tak berapa nak bernasib baiklah, difahamkan malam tu awan tebal , yang bestnya tour ni , dorg akan bawak ke kawasan yang jauh dari pusat bandar- jauh dari (light pollution) sebab supaya boleh bagi nampak aurora tu lagi clear la, tour ni ade siap sediakan makanan ngan air ok sepanjang trip.. 



Tadaa.. nilah aurora borealis , malam kedua baru kami dapat lihat aurora ni..






So hari kedua tu kami sempat singgah ke Santa Claus Village 15 min / 3 euro naik bus dari pekan , macam2 aktiviti bole buat kt sini.. jangan risau sebab kekerapan bus tu dalam 1jam sekali.. antara aktiviti yang boleh kurang buat kat sini antaranaya  naik husky, naik reindeer .. bole refer sini Santa claus village




reindeer ride.. weheww!! 








husky ride

untuk husky ride ni korang bole booking dekat lapland safari etc , dekat santa claus village ni die bawak pusing2 area situ je.. tapi kalau dengan tour safari tu die akan bawak tempat yang lebih jauh.


Jom kami bawak tengok keindahan Rovaneimi

























tadaa .. rumah santa claus, before ke sini, kami ada baca pasal cop passport "santa claus village" tap masa kami nak mintak cop tu, dorg pesan, dorang takakan bertanggungjawab kalau imegrisen xlepaskan korang untuk naik flight sebab ada cop tu.. grr..











Selepas Rovaneimi, kami perlu ke Helsinki dan terus ke Sweden.. InsyaAllah kami akan sambung untuk trip ke SWEDEN pada entri akan datang


..Enjoy guys..




  • Share:

You Might Also Like

1 comments