SOLO TRIP KATHMANDU-NEPAL

By qayyumtravelog - 00:06:00


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera guys.. huhuh lama dah rasanya kami tak update blog ni haaa... berhabuk dah rasanya blog kami ni.. maaf lah yer.. kami lately ni busy sikit...huhu achinng kan. ok ok kali ni kami nak share sikit trip kami bulan Oktober 2017 tempoh hari ke Kathmandu, Nepal.. 

Sebenarnya trip kami ke Nepal ni pada bulan Mac 2017, dan perancagan asalnya kami nak hiking di track Gosainkunda.. nak dijadikan cerita, trip bulan mac tu terpaksa kami cancel ngan group hiking tu then postpone ke bulan Oktober 2017.. kami gigih jugak nk pergi ni sebab tiket flight kami dah beli, dan untuk ke nepal ni bukan boleh dapat seratus dua yar... so nak tak nak proceed jelaaa... sooooo let's do this!!


Kami bertolak dari KLIA pada jam 6.30ptg, kali ni kami menaiki MALINDO AIR .. Kami tiba di Tribhuvan International Airport pada jam 9pm.. kebetulan masa kami kesana tengah musim sejuk yar... phewww seronok jugakk lahhh.. gituu..

Seperti yang kita tahu, semua rakyat Malaysia yang ingin memasuki Nepal memerlukan VISA pelancong.. so korang tak yah risau ok pasal VISA ni sebab untuk rakyat malaysia bole guna VOA = Visa On Arrival.. dan sistem dia cukup mudah. hanya perlu guna mesin yang disediakan di arrival hall, then buat pembayaran di kaunter bayaran then selesai.. harga untuk Visa dalam anggaran RM120 mcm tu, bole buat bayaran menggunakan matawang RInggit Malaysia.


Kami stay di ZOSTEL HOSTEL untuk tempoh selama kami di Nepal ni,murah dan selesa.. sirusly sangat selesa.. bersih yang penting.. dari hostel kami ke thamel road kami jalan kaki sajokkk... harga satu malam RM28 sahaja.. murah kan.. dari airport ke hostel dalam 20-30 min.. kalo korang ramai, naik je cab, sebab kami sorang , kami gigih jugak lah tunggu orang untuk kongsi naik cab ngan kami, kebetulan ade sorang minah dari mexico ni pon duduk hostel sama, kami share la naik cab..

  • untuk lebih selamat, ambil teksi yang ade dekat dalam airport, sbb die da bgtau siap2 harga mengikut destinasi korang ada surcharge untuk lepas jam 8pm kalo xsilap... 





Disebabkan trip kami nk hiking tu tak jadi, so trip ke napal ni lebih kepada sightseeing jelahh...untuk 1st day kami hanya jalan2 je sekitar thamel road dan ke durbar square ... thamel road ni sangatlah besar yer.. dan banyak lorong... pada yang yang kaki outdoor tu, mesti korang suka jalan area thamel road ni.. semua MUR MUR yaaaaa... 



DURBAR SQUARE 

Durbar Square ni terletak diadapan istana lama nepal, kebanyak struktur di durbar ni terkesan akibat gempa bumi pada tahun 2015 tempoh hari.. setiap bangunan tu akan ade kayu penahan untuk menampung struktur bangunan tersebut.. even dorg letak mcm tu, still nampak cantik.. hihi

bagi kami, waktu yang best nk singgah ke durbar ni adalah waktu sebelum sunset -sehingga sunset.. so antara gambar yang kami sempat ambil waktu tu.. enjoys!



kalau korang nak tahu kenapa pintu didalam istana/rumah ibadat dorang kecil dan sekiranya kte nk masuk kawasan tu kte kene langkah .. hahaha kami diberitahu sebab utama adalah masa zaman dahulu , askar dari barat berbadan besar, so dorg kecikkan saiz pintu untuk menyukarkan askar2 tersebut untuk masuk yarr.. bijakk kann.. lagi satu, dorang percaya hantu tak mempunyai kaki untuk melangkah, so dorang tinggikan bahagian bawah pintu tu utk menyukarkan hantu untuk masuk.. kaughasaa.. ni merepek sikit, tapi macam masuk akall.. hahaha.. wallahualam..orang local tau yang bgtau..





 hello NEPAL



Kami sempat jenguk ke rumah KUMARI. kalau korang nak tahu, KUMARI adalah  "Living Goddess ", kumari ni adalah kanak-kanak perempuan yang diangkat menjadi tuhan dari umur 3tahun sehingga kanak-kanak tersebut telah datang haid.. untuk pengetahuan korang, kanak-kanak ni selama menjadi devi kumari, kakinya tidak dibenarkan untuk jejak diatas tanah ya...kami difahamkan pemilihan kumari hasil daripada sami-sami / orang kuat agama beasaskan penilikan lebih kurang macam tu.. fuyooo sangattt kannnn...






Pashupatinath Temple

Kami sempat pergi Pashupatinath Temple, semasa kami kesana , kami sempat lihat upacara membakar mayat.. scaryy jugak la.. kuil ni boleh tahan besar.. kalau korang singgag temple ni before balik pon bole sebab kuil ni terletak berhampiran dengan airport ...





ni SADHU, sami dalam agama hindu.. dorg ni telah memlih untuk mengabdikan diri kepada tuhan, tidak ada isteri yar, kalo korang nak tahu, dorg jugak berkorban untuk memandulkan diri/ alat kelamin dorang tidak berfungsi untuk meemberikan zuriat.. sampai mcm tu sekali tau dorang mengabdikan diri pada tuhan dorang.. power betull!




yang bawah ni adalah keluarga yang dalam proses untuk melakukan upacara membakar mayat..sami dorang pon ada SOP yar untuk buat upacara tu.. 




upacara memandikan jenazah sebelum dibakar... dekat kuil ni ada cara moden dan konvensional untuk membakar mayat... yang tak kuat tu jangan la berani2 nk pergi dekat..


jeng jeng jeng... tula mayat yang dibakar... lepas bau asap tu, kepala kami terus sakit yarr...



kami terjumpa orang malaysia masa kami jalan di thamel road, dorang ni baru je lepas naik Everest Base Camp yar... poweerrrrr gitchu.. Malaysia Boleh!


Swayambunath Temple


dari hostel kami nk ke temple ni dalam 30min jalan kaki yar. ingatan dekat, jauh ampunns.. hahaha kalau kt malaysia ni, kuil ni lebih kurang mcm batu caves lah mcm tu... gigih tak gigih je nak naik atas tu.. so antara pic yang kami sempat snap.. enjoys!













GARDEN OF DREAM 

Kalau pergi nepal ni, jangan lupa singgah ke Garden Of Dream ni, cantik ampun, bile korang masuk je taman ni, rasa seperti bukan berada di Nepal haaa mcm tu... cantik dan bersih yarr... lokasi die betul2 sebelah thamel road .. ade tupai yang jinak okay.. bole bagi dorag makan, ade jugak cafe untuk korang chill gitchuu..





KASHMIRI MOSQUE

sempat singgah dan menunaikan solat maghrib dekat masjid kashmiri, gigih yer jalan kaki dengan menggunakan google maps.. masjid ni dinamakan kashmiri sbb orang yang bukak masjid ni nama die kashmiri dan kubur die ada dalam masjid ni.. ada penjaga lagi..






islam adalah keamanan.. axamtuh


PATAN DURBAR SQUARE

patan ni jauh sikit daripada area town, kawasan istana jugak ni.. so kebanyakkan bangunan dekat sini dijadikan muzium untuk para pelancong .. selain itu, ada beberapa kuil kecil sekitar kawasan patan ni..korang kene dapatkan tiket sebelum masuk yar,












Oh yaaaa.. atas hostel kami ade rooftop yar.. petang-petang bole lepak sambil tgk sunset.

  if heaven are

if heaven are myth, NEPAL is REAL




 ni adalah salah satu makanan tradisional nepal, MOMO , lebih kurang dimsum, ade momo ayam and vege.. korang kene try okay.. 


'

airport nepal ni tidak seperti airport lain yer, korang hanya dibenarkan masuk 3jam sebelum depart.. kaughasa.. so jangan beriya nk dtg airport awal.. gunakan masa sebaiknya.. ahahha

alhamdulillah trip kami selesai dan dipermudahkan semuanya.. harap kte dapat jumpa lagi NEPAL.. 

kalau korang ade sebarang soalan bole je hubungi kami :-

email : qayyumsunawan@gmail.com
instagram /twitter : qayyumsunawan
facebook : Mohamad Qayyum Sunawan

SAMPAI JUMPA LAGI GUYS! THANNABATH!

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. selang 2 bulan...akak pulak pi..laa...heheheh

    ReplyDelete
  2. Wah.. Berapa hari ni pegi?
    Hebatnya jalan sorang2..

    ReplyDelete
  3. Silahkan di kunjungi ya teman teman 100% Memuaskan
    > Hoki anda ada di sini <
    1 USER ID UNTUK SEMUA GAME
    Kami memberi bukti bukan Janji
    Daftar sekarang juga di www.dewalotto.club
    MIN DEPO & WD HANYA Rp.20.000,-
    UNTUK INFORMASI SELANJUTNYA BISA HUB KAMI DI :
    WHATSAPP : ( +855 69312579 ) 24 JAM ONLINE
    MELAYANI TRANSAKSI VIA BANK :
    BCA - MANDIRI - BRI - BNI - DANAMON-NIAGA
    Raihlah Mimpi Anda Setiap Hari & Jadilah Pemenang !!!

    ReplyDelete