JAIPUR, RAJHASTAN INDIA

By qayyumtravelog - 22:05:00



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. lama dah rasanya xupdate blog ni.. hihi btw dikesempatan ini kami nak ucapkan terima kasih yang terhingga pada yang sudi singgah kami punya blog ni, samada mencari info untuk travel or saja singgah. ada jugak yang email kami , dm kat twitter and instagram.. ade jugak yang sudi singgah kt blog kami.. sekali lagi, terima kasih banyak2 okay.. 

okay cukup untuk pendahuluan, Namaste... haha kali ni kami nak share sikit trip kami minggu lepas ke Jaipur , Rajhastan, India..trip kali ni xlama, cuma 4hari 3 malam sahaja, memandangkan kami dah pernah pergi DELHI dan AGRA pada tahun lepas, so kali ni kami nak completekan kami punya Golden Triangle, bagi yang kurang tahu Golden Triangle (GT) tu apa, ok GT tu adalah meliputi daerah DELHI-AGRA-JAIPUR, mungkin kalau plotkan dalam google maps tu, bentuk die macam segitga gittt... 


memandangkan kami pernah pegi INDIA sebelum ni. kami dah ready la sikit mental dan fizikal sebelum tibanya kami di JAIPUR .. kali ni kami pergi dengan aunty, yang syoknya die pon kaki travel jugak.. kitorang nak g CANADA a week after raya, so mcm trip kali ni, warm-up trip before canada lah kiranya.. 

for those yang dapat tiket murah, xkisahlah dari airlines mana sekalipun before beli tu, study sikit pasal keadaan cuaca masa tu ya, jangan jadi macam kami, baru tahu masa trip kami tengah musim panas, suhu hampir mencecah 45degree.. bayangkkaaaannlahhhh...

tapikan. ade bagusnya kalau korang pergi waktu offseason ni. sebab masa ni pelancong tak ramai, then all the attraction macam xramai sangat orang.. taxi sume murah... harga tiket kami untuk ke jaipur ni dalam rm450, kami beli macam biasalah masa free seat airasia. perbezaan waktu atara jaipur dan malaysia adalah dalam 2jam30minit lewat.. 


AMBER FORT / AMER FORT

ok ni adalah destnasi pertama kami , untuk makluman korang, jaipur ni adalahh satu daerah yang banyak istana dan dispanjang bukit-bukit kawasan jaipur ni mcm ada satu pagar pemisah, bak kata driver taxi kami , diluar kawasan pagar tu adalah bukan jaipur.. oh ya , dorang masih ade raja jaipur, yang umurnya sekitar 20-an tak silap.. tapi lepas india merdeka  raja-raja tersebut telah hilang kuasa dan tiada perntukkan daripada kerajaan untuk mereka.. 

nak masuk amber fort ni free sahaja, kalau nak murah korang kene bejalan sikit naik bukit. amber fort ni kiraya macam peninggalan istana lama semasa pemerintahan raja jaipur sebelum merdeka, so now,  mostly palace/fort ni dijadikan sebagai tempat pelancongan.. kat sini ada jugak tour naik gajah, korang janganlah naik gajah tu, kesian kannn...  masa kami kt amberfort ni ade upacara keagamaan, so sesak jugak lah.. hati-hati ya dengan pickpocket .. 







CITY PALACE
haaa, yang ni sapa yang peminal kendall, mesti tahu tempat photoshoot kt dalam city palace ni.. untuk entrance ke city palace ni dalam rm200 , kami fikir agak mahal la pada awalnya, tp bile dah habes tour tu, sangat lah berbaloi.. dorang akan bawak kte masuk ke kawasan istana raja jaipur, fyi raja tu still duduk dalam istana tu ya,, walaupun masa kami pergi tu mmg xdelah die kt situ.. korang akan tegamam dengan kecantikan, keunikkan istana tu, biasanya tour ni akan termasuk sekali dengan tourguide and minuman bile habes tour .. dari tempat makan, tempat tido, tempat berfoya-foya semua dorang akan bawak kite.. so memang berbaloi .. SUMPAH








JANTAR MANTAR

okay lokasi jantar mantar ni betul2 berhadapan dengan City Palace.. bayaran die xmahal pon untuk orang luar dalam 200inr .. so janatar mantar ni dibina oleh Raja Jaipur Sawai Jai Sigh II pada tahun 1735, fungsi utama pembinaan jantar mantar ni more kepada astronomical purpose dan jantar mantar ni sudah digezekkan sebagai World Heritage Site oleh UNESCO.



HAWA MAHAL




hawa mahal ni kira lokasi wajib lah korang kene berhenti untuk ambil gambar, lokasi die betul2 kat tengah bandar jaipur pinkcity. kalau nak gambar lawa korang kene makan dekat kedai berhadapa hawa mahal ni, sebab apa dorang gelarkan pinkcity, sebenarnya warna tu bukanlah pink, die mcm warna orang ke merah2 gitu, masa raja yang memerintah masa tu kurang mahir berkenaan warna, so die sebut je warna pink, jadi tehasillah jaipur pink city (orang lokal yang bagitau)



MONKEY  TAMPLE

Lokasi kuil agak jauh dari bandar,  kami tak naik sampai atas pon dekat kuil ni, cukup hanya dekat area kolam takungan sahaja, mungkin sebab hati panas ade orang mintak derma kat kami untuk kuil dorang. so kami amek gambar je dekat area kuil ni, itupon amek senyap2 sebab ambil gambar pon kene bayar okay.. dalah masa tu panas leting, hati panas lagi.. so for those yg letak ni dalam iti korang, for me , nak pergi bole, xpergi pon ok kot. hati2 okay sebab kawasan dia sunyi sikit.. 




NAHARGARH FORT 

okay kat sini sangat sesuai untuk sapa2 yang nk hunting sunset, kalau xsilap 200inr entry, dapat air satu botol. tempat ni atas bukit, kebetulan masa kami ontheway naik keatas, kami sempat berhenti tepi jalan untuk ambil gambar bandar jaipur, kebetulan masa tu tengah azan asar.. oh ya populasi muslim dekat jaipur ni kedua tertinggi.. so memang ramai muslim lah dekat area jaipur ni.



ALBERT HALL MUSEUM

lokasi muzium ni terletak betul2 ditengah2 roundabout dekat badar jaipur berhadapatan new gate pinkcity. infrastruktur bangunan ni memang lawa, muzium ni menjadi muzium negeri, banyak barang2 antik yang disimpan dalam ni, dan mumia dari mesir juga ada ya, dan dorang kata mmg tu bukn replika, but xtau lah betul ke tak.







PANNA MEENA KA KUND (STEP WELL) 

kitorang sempat pergi beberapa stepwell kat sini, difahamkan pembinaan stepwell ni adalah fungsi utamanya adalah untuk menakung air dan disalurkan kepada seluruh rakyat jaipur pada masa dulu lah.. so skrang ni jadi macam tempat pelancong and budak2 untuk mandi. kitorang sakit hari jugaklah sebab ktorg xbole turun dekat stepwell ni, kalau nk turun kene bayar(illegal) itu pon 15 min je, memandangkan kami ni last day dah, so mcm tak tau bile lagi nak sampai, so kami pejam mata je lah bayar, dorang mintak dalam 1000inr ya..







kami nak bagi tips sikit, ritu kami x sempat nak beli simkad dari malaysia, so sampai sana kami pon pergilah kedai nak beli sikad, proses die bukan mudah ya, dorang nak gambar sekeping , tapi yg bestnya murah gila data dorang, dalam RM15 dapat 1.5gb everydat selama 30 hari, so kalau sapa-sapa yang plan nk stay lama, bole lah try guna simkad ni..






























  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Silahkan di kunjungi ya teman teman 100% Memuaskan
    > Hoki anda ada di sini <
    1 USER ID UNTUK SEMUA GAME
    Kami memberi bukti bukan Janji
    Daftar sekarang juga di www.dewalotto.club
    MIN DEPO & WD HANYA Rp.20.000,-
    UNTUK INFORMASI SELANJUTNYA BISA HUB KAMI DI :
    WHATSAPP : ( +855 69312579 ) 24 JAM ONLINE
    MELAYANI TRANSAKSI VIA BANK :
    BCA - MANDIRI - BRI - BNI - DANAMON-NIAGA
    Raihlah Mimpi Anda Setiap Hari & Jadilah Pemenang !!!

    ReplyDelete