FJALLRAVEN CLASSIC SWEDEN 2019

By qayyumtravelog - 19:52:00


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. woot woot ... 

Rasanya dalama kami tak update blog haha sebab  busy sikit la lately ni.. so sekarang ada masa sikit nak update.. kali ni kami nak share pengalaman kami join satu event Fjallraven Classic Sweden  bulan ogos aritu. Alhamdulillah perjalanan kami dari malaysia then ke sweden hinggalah pulang ketanah air dipermudahkan.. Alhamdulillah.. 

so jom kite start.. 




first of all, kami nak explain sikit lah event Fjallraven Classic (FC) ni apa benda .. so  FC ni mcm satu event yang diadakan oleh satu brand yang berasal daripada SWEDEN, ade few negara yang buat FC ni antaranya Denmark, UK, German, China, Korea dan banyak lagi.. sedikit sebanyak info yang kami boleh share , setiap negara yang buat FC ni main task die adalah korang kene habeskan trekking bergantung pada jarak yang dorang dah tetapkan, macam kami haritu, kene habeskan 110km dalam masa 6-7 hari.. untuk versi FC Sweden ni trekking melalui Kungsladen / kings trail yang berada di utara sweden, kami bermula dari Nikkaloukta dan berakhir di Abisko, alhamdulillah kami dapat habeskan dalam masa 120jam..  so mana-mana kaki outdoor yang suka kan cabaran , boleh try lah.. 





jujur kami cakap, kami bukanlah kaki outdoor. kaki gunung , tapi bila tengok ada orang yang boleh habeskan 110km ni, rasa macam tercabar pulak, so why not lah kami try..  registration fee untuk FC Sweden ni dalam 2500 swedish krona dalam Rm 1200+-, fee ni termasuk transport dari Kiruna ke Nikkaloukta.. dorang ade sediakan map entire route, so jangan risaulah korang xkan sesat punya..




ni geng kami masa nak start, #teamsgdmyr kebetulan kami start dalam group yang sama, flight dari singapore yg sama, train yang sama, dorang ni lah banyak tlg kami..  thankyouuu so much.


TRANSPORTATION 

Lokasi event ni adalah diutara sweden (Kiruna -Nikkaloukta- Abisko) ,so ade beberapa cara yang korang bole guna untuk sampai keKiruna, antaranya flight , bas, train dan drive kereta, so kami ke abisko ni naik train dari sweden, tempoh perjalanan sepatotnya dalam 15jam , tapi masa kami aritu train dorang ade masalah,, delayed pastu kene naik bus, mmg menduga betul lah.. Kami lebih 24 jam lah x mandi untuk sampai ke kiruna tu.. transport paling murah dan selesa adalah menaiki train, dorang akan open jualan tiket 6 bulan awal. so makesure korang stanby lah sebelum habes, bole booking kt sini TRAIN KE KIRUNA








EQUIPMENT

ok untuk makluman korang, sepanjang trekking  korang hanya dibekalkan makanan dan gas sahaja, peralatan lain korang kene sediakan sendiri,  kami punya bag untuk sepanjang 6hari tu dalam 16kg ..beratkan... dan letsay korang ada bawak lebihan barang, organiser mmg ade sediakan tempat untuk simpan bag.. so xperlu lah korang bawak masa trekking nanti.. ni antara barang-barang yang aku bawak sepanjang trekking tu lah :- 


  • 3 SEASON TENT 
  • TREKKING BOOT
  • BAJU/SELUAR/STOKIN/
  • SLEEPING MAT 
  • STOVE
  • PERIUK 
  • BOTOL AIR
  • UBAT-UBATAN 
  • HIKING POLE 
  • SLEEPING BAG
  • SCOOP UNTUK KOREK TANAH





ROUTE 110KM 

masa mula-mula register event ni rasa mcm mampu ke nak habeskan.. bila study balik, tanya orang-orang yang pernah buat FC ni, lega sikit lah.. korang jangan risau sebab bukan kene habeskan 110km tu dalam masa sehari.. so before start tu kan, korang kene lah study sikit .. brapa hari korang nak habeskan FC ni, macam kami and the gang nak habeskan dalam masa 6 hari, so kami da plan lah Checkpoint mana yang kami kene stop setiap hari..

ok kami share sikit elevation sepanjang 110km di kungsladen/kings trail. 






untuk hari pertama kami stop di Kabnekaise , purata kami berjalan setiap hari lebih kurang 8-10 jam  mcm tu.. hahaha gila kan.. nampak mcm ala jarak dari satu checkpoint ke next checkpoint tu dalam 21km je.. tapi sebenarnyaa masyaolaa even 500m tu pon rasa jauh sangat, hahh 



bagi kami , hari ke tiga paling mencabar sebab kami bergerak dari singgi ke tjakta.. 2 checkpoint dalam satu hari then melalui puncak tertinggi dalam trek tu... emosi masa tu mmg da xstabil . hahaha 







bila sampai je checkpoint mmg legaaa bakhangg..yang bestnya masa FC ni tgh summer tau, so waktu siang memang panjang... so ade kelebihan lah kalau korang rasa nak teruskan berjalan even da pukul 10-11 mlm... oh ya, korang kene jugak standby raincoat / ponco sebab ade tempat-tempat yang hujan sepanjang jalan.. baju sejuk jugak penting ya kawan. even summer masa ni sejuk die bila malam gigil ya,. sleeping bag yang below 10dc jugak penting ya... jangan jadi macam kami, kami tersilap bawak sleeping bag.. seksa jugak lah bila malam sebab kesejukkan...

Ade few check-point yang dorang sediakan sauna tau, for free and ade yang kene bayar.. so sesiapa yang nak segarkan badan boleh lah mandi and bersauna.. 

MAKAN / MINUM






Macam kami bgtau tadi, makanan memang disediakan oleh organiser, masa amek track-kit tu doran mmg bagi berapa banyaklah yang korang nak amek, tp before amek tu kan, korangkene tgk checkpoint mana yang korang bole topup makanan korang, so korang xperlu lah amek banyak2 untuk sepanjang 110km tu, berat jugak lah satu pek tu sebenarnya, makanan yang dorang bagi tu jenis easy to cook, masukkan air panas, godak2 then tggu 10-15min then siap untuk makan, sedap-sedap semuanya.. 

Ok bagi part minuman pulak, jangan risau sepanjang 110km tu kan mmg korang akan lalu anak sungai dan watefalls, so air tu semua selamat untuk diminum dan digunakan untuk masak.. biasanya kami akan cari tapak untuk pacak khemah berhampiran dengan anak sungai or punca air.. 

before kami sampai ke sweden ni kan, kami dok lah fikir macam mana kalau nakbuang air besar, to be honest perut kami ni setiap pagi akan buang air besar, so mmg menjado masalah utama jugak lah.. ade beberapa CP yang dorang sediakan toilet, kalau xde kan, korang meang kena korek tanah then lepas membuang tu kene timbus balik, wet tissue jugak xdibenarkan utk guna, guna bole tapi kene letak dalam beg sampah yang dorang bagi siap2.. 




nilah sauna yang kami cakap tadi, segar terus badan lepas dapat mandi..

masa hari terakhir tu, hati berkobar nak habeskan cepat, 4 hari xde internet x kelakar tau, sampaikan dapat je line internet rasa seriau gila nak bukak notification.. kami nak share vibes masa nak sampai finish line, meriahhh gilaa. dalam 2 km before sampai tu dah bole dengar orang tepuk tangan mcm tu.. bila sampai je rasa hilang penatt.. hihih alhamdulillah habes pon seksa...


bila korang abeskan je trekking ni, korang akan dapat patch and pin, macam 1st timer macam kami ni, dapat lah warna putih, so kalau ade rezeki then buat lagi dapatlah patch warna lain gituu... 




alhamdulillah we made it! #teammalaysia

sekiranya korang ada sebarang pertanyaan boleh follow lah  kami :-

instagram : qayyumsunawan
twitter : qayyumsunawan
email : qayyumsunawan@gmail.com


  • Share:

You Might Also Like

0 comments