RAMADHAN TRIP : XI’AN CHINA.

By qayyumtravelog - 18:58:00

 

Ayuhuuu.. memandangkan dah nk hampir setahun dah border negara kita tak bukak yang disebabkan daripada pandemic covid-19 ni.. so kali ni kami nak share sikit trip kami ke Xi’an China masa bulan ramadhan 2018.. manelahtahukan bole buat hilang rindu untuk travel and harap-haraplah pandemik ni cepat berakhir dan  border semua negara da bukak and dunia menjadi normal semulaa.. amin amin ya rabbal alamin...

jom kita start..


KENAPA XI’AN?

Okay kami bile time bulan puasa memang suka plan nak g berpuasa dekat tempat orang, kemi pernah berpuasa di aceh indonesia, jadinya masa tu kami nak jugak lah try berpuasa dekat china.. so bile buat research, ade nampak satu vlog dekat youtube pasal die hunting halal food dekat xi’an, china. Kami pon terus zup zap zup zap google la xia’an ni... so memang majoriti penduduknya adalah muslim. Kami dengan kawan kami pon decide lah.. he ho lets go xi’an. Kebetulan masa tu AirAsia free seat ade jual tiket murah dalam rm500/return.. 


VISA

Senang je nak buat visa china ni, kami gunakan travel agent.. mana lah tak senang kan.. kami ade plan nk buat sendiri, tapi msotly cakap better suro agent je yang buat. Kos untuk buat visa china ni dalam Rm200 untuk single entry .. dalam masa seminggu visa pon siap..


VPN/SIMCARD

macam biasalah kan, before kami berangkat kami da siap2 beli simcard dekat hello1010 .. masa kami sampai je dah ade situasi sbb internet kami  xbole nak connect.. naseb baik ade seorang yg sama flight kami bgtau yang kami kene download vpn siap2.. haha baru lah kami terigat pasal vpn. so banyak je vpn yang korang bole guna.. so lepas je vpn ada, easypeasy guys.. semua dihujung jari.. 




HOTEL/HOSTEL

Kami sampai xi’an dalam tengah malam macam tu, kami ambil taxi terus ke hostel, jangan amek taxi yang keluar2 je dari pintu keluar sebab cekik darah nak mati, ambil taxi dekat tempat menunggu taxi lebih murah, so sepanjang kami dekat xi’an ni kamu duduk dekay Alley Youth Hostel Xi’an, total untuk 5hari4malam RM 257.00. Korang jangan risau nama je hostel tapi private room with private toilet.. murah kann, dan kedudukan hostel ni betul-betul terletak dalam Muslim Quarter of Xi’an.

NAK BUAT APA KAT XI’AN?

Banyak tempat  yang korang bole pergi dekat xian ni.. memandangkan kami pergi masa bulan ramadhan.. so kami hadkan aktiviti kami.. yelahkan takut terbuka awal leuls.. dannnn masa paling best adalah masa nak berbuka puasa lah kan.. misi mecari makanan berbuka kan.. ok kite letak tepi dulu pasal food hunting tu.. jom kami share tempat-tempat menarik yang korang bole singgah bila datang xian ni.. lets!





XI’AN CITY WALL

antara tarikan utama dekat xian ni kan..Xian City Wall kalau korang nak tahu ni antara city wall yang terbesar, terpaling lama dan tarpaling dijaga oleh kerajaan china.. tiket masuk berharga. RM 35, kami sempat naik basikal mengelilingi City Wall ni.. total jarak satu pusingan lebih kurang 14km.. korang boleh je sewa basikal dalam Rm65 untuk tempoh masa 2jam.. 







GREAT MOSQUE OF XI’AN

Alhamdulillah kami dapat singgah di Masjid besar xian.. dekat je dgb hostel kami..kami sempatlah solat waktu dekat masjid ni... keadaan masjid ni sunyi.. mungkin kami datang bukan waktu masuk solat.. struktur masjid masih kekal dengan kesenian tamadun2 china.. sangat lawa .. kebetulan masa kami nak keluar kami terserempak dengan imam besar masjid xian ni.. sempatlah kami berbual2.. kebetulan die bole cakap bahasa melayu sikit sebab anak imam ni study kt UIA...






MUSLIM QUARTER

Seperti yang kita tahu, populasi xian ni hampir keseluruhannya adalah muslim.. dan yang kami tahu mereka ni bukan termasuk dalam bangsa “non-uyghur muslim’ , meraka ni adalah dari suku hui komuniti.. muslim quarter ni terletak berhampiran dengan drum tower ... waktu paling meriah kalau nk datang masa lepas maghrib.. banyak betul pilihan makanan dan minuman yang bole korang cuba... 





BELL TOWER 

Bell Tower ni dibina pada tahun1384 pada zaman dinasti ming.. bell tower menjadi simbol kepada xian. Untuk pengetahuan korang dalam tower ni ada beberapa loceng besar yang digunakan sehingga ke hari ini..loceng ini akan dibunyikan pada waktu subuh.. pada zaman dahulu ia digunakan sebagai sign untuk bagi info-info penting daripada istana. Bila waktu malam memang lawa terukk...




DRUM TOWER 

Bila korang datang ke xi’an ni, korang akan perasan macam dua tample dekat tengah bandar.. salah satunya adalah Drum Tower..korang kene pergi waktu siang dan malam ya.. oh ya fungsi drum tower ni adalah, drum akan dibunyikan pada waktu maghrib .. mungkin pada zaman dahulu nak bagitau yang hari dah maghrib dan tamatlah segala urusan untuk hari tu.. 



TERRACOTTA ARMY MUSEUM

Teracotta Army Museum ni adalah muzium yang menempatkan patung daripada askar pada zaman Empayar Qin Shi Huang, (empayar pertama di china).. muzium ni terletak di timur bandar xian.. korang bole naik bus no 306 daripada Xian Railway Station. perhentian terakhir adalah di Terracotta Army Muzium. tiket beharga RMB8..dan untuk masuk kedalam muzium 150yuan ..




  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Assalamualaikum... sorry nak komen. blog ni tak ada list negara ye. susah nk tekan satu2 next or previous button. blog ni best baca tapi tu la susah nak cari negara2 yg kita nk baca. harap dapat improve part ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumusalam, terima kasih sudi singgah, baiklah atas komen tuan dan saya dah letak senarai tempat yang saya dah pegi dekat sidebar.. terima kasih tuan atas komennya.

      Delete