WINTER WONDERLAND , HOKKAIDO, JAPAN..

By qayyumtravelog - 18:31:00

Assalamualaikum korang.. memandangkan dah nak dekat setahun trip kami ke Hokkaido , Japan. So kami nak share sikit lah ya pengalaman kami ber-roadtrip dekat japan.. sebenarnya kami ke hokkaido tu dah dua kali, 1st on january and 2nd november,, so kami rangkulkan lah ya tempat-tempat yang menarik masadua trip kami ke negara matahari terbit itew,,

HEY HO LET'S GO!

Trip kami kali ni 4 orang, kami naik Scoot Airlines , thankyou pada kawan kami Ale Haiqal, sebab dialah kami dapat tiket murah.. so flight kami awal pagi, dan berlepas dari Changi Airport, so kami mmg dah plan akan sampai ke Hokkaido  dalam petang macam tu, mudah untuk urusan kami ambik kereta and etc.. masa kami sampai ni salji belum turun lagi. Keadaan berubah bila kami nak balik, salji kemain tebal lagi..

KAMI SEWA TOYOTA SIENTA.  NOT BAD LAH UNTUK FUEL CONSUMPTION SEBAB NK ROADTRIP AND LUAS. 

ROAD TRIP

Ni kali kedua kami ber-roadtrip dekat Hokkaido, so kami gunakan TIMES CAR RENTAL , agent ni punya proses memang murah dan berbaloi, proses untuk ambil kereta dan pulang kereta pon mudah.. total untuk 5 hari kat sana RM350/pax.. siap insurance.. Antara tempat yang kami pergi Muroran , Lake Toya, Ningle Terrace  , Otaru, Sapporo, Cape Kamui.Niseko.. 

Harga untuk petrol dalam Rm5.00+- , setiap petrol station x sama harga, korang xperlu risau sebab petrol station banyak. 

Takde beza sangat bile memandu dekat japan, masa driving masa winter ni kene peka dengan jarak antara kereta, jangan brake emergency sebab potensi untuk brake tak function adalah tinggi.. lepastu letsay korang terpaksa berhenti kat tepi jalan, jangan sesekali berhenti ditepi jalan yang melawan arus , tidak dibenarkan sama sekali.. sepanjang perjalanan kami hanya menggunakan aplikasi waze dan google maps, dorang ada bagi GPS built in, buttt satu haram kami tak paham, mujurlah boleh connect dgn bluetooth, boleh buat singgg alongg sepanjang roadtrip.. ahgizuuhuew

LESEN MEMANDU ANTARABANGSA

Ok ramai yang tanya kalau nak amek lesen antarabangsa ni kene masuk kelas memandu balik ke, jawapannya tidak perlu , korang just pergi dekat Pejabat JPJ , bawak IC,Lesen yang belum expired sekurang2 satu tahun, Gambar berukuran passport (background putih) *siapkan satu salinan , dan duit RM150, dalam masa 20 minit siap, oh ya tempoh untuk lesen antarabangsa ni adalah selama 1 Tahun. 


KEDAI FAVORITE

FOOD

Kalau trip kami ke Jepun, makanan xdelah menjadi masalah sangat sebab ada banyak je kedai halal dan kedai 24jam yang bole kami beli makanan, kami jugak ada bawak makanan segara dari malaysia. Biasanya kami akan masak untuk  sarapan dan dinner dekat rumah. So waktu lunch or coffee break je kami makan kat luar, itupun kami akan beli makan dekat family mart or fast food, family mart dorang kan mcm 7e thailand, meriah yaals..

ACCOMMODATION

Untuk tempat tinggal, mostly kami akan ambil airbnb, dekat hokkaido ni kalau duduk airbnb lagi murah sikit daripada duduk hostel, dan lebih mudah sebab kami bole masak kan, tapi kalau dekat tokyo atau osaka duduk hostel lebih berbaloi..

Total bagi kos penginapan kamis sepanjang kami dekat sana : RM 398.00/orang






MURORAN
 
Lepas setel je amek kereta, kami terus bergerak ke Muroran, Muroran ni terletak di South Coast di kepulauan Hokkaido ni. Dekat muroran ni banyak tempat menarik yang korang bole pergi antaranya Tokkarisho lookout, Nakajima Park. dari hotel kami boleh nampak Hakucho Bridge, letsay korang xsewa kereta, korang bole sampai ke Muroran ni dengn menaiki JR train.. 



TOYA LAKE 

Lake Toya ni terhasil daripada hasil letusan gunung berapi, dekat dengan tasik ni ade penempatan kecil, so memang banyak hotel and kedai lah,  yang bestnya masa summer kat tasik ni akan ada pertunjukkan bunga api setiap malam, hahah kami gigih la tunggu kol 8.15pm, sekali orang kat situ cakap mana ade fireworks, naik beku kami dok tercegat kt situuu.. masa winter dorang ade sediakan light tunnel as atraction lah, selain tu, onsen yang air pure dari pergunungan.. macam biasalah waktu winter ni, kol 4.30pm dah gelap.. 





NINGLE TERRACE

Pada awalnya kami xde plan pon nak kesini, tapi hari masa kami nak ke otaru , kami tukar plan, berani mati untuk ke sini, kalau ikotkan peta memang kami macam berpatah ballik, tapi kami gigih lah jugak pergi.. sepanjang perjalanan memang lawa dan korang akan lalu satu empangan dan hutan, korang kene lebih berhati2 masa drive waktu winter ya sebab kami hampir2 terbabas .. so nak masuk sini free je , tempat ni betul-betul berhadapan dengan Hotel New Furano Prince. Kat sini korang bole main snowboarding and slide. Waktu malam memang lawa. 


NISEKO 

Perkampungan niseko ni terletak berhampiran dengan Mount Yotei, so kalau korang pergi masa summer, korang berpeluang lah untuk boleh rasa untuk menuai tanaman yang menjadi aktiviti utama dekat niseko ni.. rumah dorang pon comel-comel je.. 





OTARU

Otaru ni terletak di barat laut sapporo, aktiviti utama dorang port and perikanan, kami sempat makan fresh seafood dekat sakaku fish market market, fuhhh memang sedap dan murah. Selain seafood , otaru canal memang popular lah kat sini.. masa winter akan ada Snow Light Path Festival (Otaru Yuki Akari no Michi) , so bila musim sejuk sepanjang laluan canal ni akan ada cahaya lampu, meriah kannn...  




SAPPORO

Sapporo ni Capital City Hokkaido, so kiri kanan bangunan jelah kan, masa kami sampi dekat Sapporo ni , salji memang tengah lebat betul turun, kami sempat singgah Sapporo Clock Tower dan brunch dekat salah satu kedai ramen yang halal dekat sapporo ni, Horyu Ramen, memang sedap.. makan sajelah kami ni.. kalo korang datang japan ni, korang kene lah rasa onsen original dekat sini.. lepas onsen tu rasa macam hilang penat tu.. tibaaa..


kami nak uncapkan thankyou pada kawan kami Ale Haiqal, Zainal Safuan and Sallahudin disepanjang trip masa ni, banyak kenangan yang tak dapat dilupakan.. gitchuu 4 bulan lepas balik dari japan terus Malaysia kene lockdown, naseb naseb.. 


bole follow ig/twitter kami okay : @qayyumsunawan or kalau ada soalan ke nak tanya apa2 ke, bole email kami dekat qayyumsunawan@gmail.com



  • Share:

You Might Also Like

0 comments