#GENGUNO ,VANCOUVER CANADA PART 1

By qayyumtravelog - 20:28:00

Ayuhuuuu.. kami tak nak cakap banyak. kali ni kami nak share sikit pengalaman kami sempat beraya di Canada pada tahun lepas. ok trip kami kali ni ramai ya, biasa kami punya trip 2-4 orang je kan.. tapi kali ni 10 orang seyh.. mula-mula mcm risau lah jugak .. sebah ramai sangat, takot tak ngam gitu.. so belum cuba , belum tahu.. ok jommmm kte start ..

macam mana bole terfikir nya nak pergi canada sebab satu hari tu bile explore instagram ade nampak video orang main canoe dekat moraine lake, so google lah moraine lake ni kat mana, then Gotchaaa dekat Alberta, then paling senang nak pergi situ dari Vancouver, jadinya  bermulalah misi hunting tiket ke Vancouver.. Alhamdulillah tiket kami ke Vancouver Rm 2600.00 , Korean Air, setahun jugak lah kami tunggu .. so kami pergi dua group lain2 airlines..korean air and cathay pacific airlines..

VISA CANADA. 

ok , sebelum  ni kami ada share sikit pasal tips nak buat visa us kan, so bila baca blog , ramai yang cakap buat visa us tu susah.. ahaa bagi kami, buat visa canada ni xde susah mana cuma dia banyak proses dan makan masa.. 

korang kene aplly visa canada ni thru online , bfore korang start untuk apply, korang boleh la baca dulu all the proses dekat VISA CANADA , lepas korang isi semua maklumat dalam tu, korang da verified all the document yang perlu, korang kene tunggu email pengesahan daripada embassy canada, untuk semua rakyat malaysia yang nak buat visa, dokumen korang akan dihantar ke singapore untuk diproses.

bila da dapat pengesahan dari pihak embassy, korang dimintak untuk menghntar biometrik (cap jari) di one stop center SINI , so korang kene buat appmnt, macam kami duduk dekat jb kan, so kami plan nk g singapore terus lah senang kan, tak boleh ya, semua malaysian kene hanta dekat VSF Kuala Lumpur. 

then lepas biometrik tu da amek, kene tunggu lagi utuk hantar passport pulak. lepas hantar passort, seminggu lepas tu insyaAllah korang dapat balik passport dengan visa sekali. untuk visa canada ni tamat tempoh die bergantung pada expired date passport korang, dan kos untuk buat visa ni dalam rm 600+-

TRANSPORTATION 

Memandangkan trip kami kali ni  10 orang dan tujuan utama adalah untuk ke moraine lake, so kami decide untuk buat road trip sebab harga tiket domestic flight dorang hampir separuh harga tiket kamihihi.. ok pada yang pergi solo korang bole naik flight dari vancouver ke calgary then dari situ korang boleh sewa kereta.. oh ya, musim kami pergi masa tu adalah musim summer, so mcm biasalah siang panjang then malam kejaaaaaappp berthoulll...persediaan sebelum sampai ke canada ni , masing-masing ade tugas sendiri, ade yang uruskan transport, itinerary, tempat tinggal, insurance dan macam-macam lagi, bagi kami benda-benda penting tu harus kami setelkan sebelum menjejakkan kaki di canada,  untuk transport, kami sewa 2 jeep dan 1 kereta sedan, dapat kereta best dan selesa.. untuk harga petrol, mcm biasa setiap kedai x sama harga, anggaran dalam Rm 3.10+- ..

FOOD
Untuk part makan ni, kami kumpul setiap sorang dalam RM300 untuk beli barang makanan sepanjang kami dekat canada, ade beberapa barang yg kami da siap-siap beli dari malaysia.. ade je barang halal dekat canada ni. then biasanya kalau kat negara yang bukan majoritinya islam, makanan halal agak mahal sedikit. dan sepanjang kami dekat sana, xrasa rindu pon dengan makanan malaysia sbb hari-hari dapat makanan malaysia.. 


NATIONAL PARK PASS
Masa yang kami tunggu adalah roadtrip.. bak kata pepatah "Tak kenal maka tak cinta" gituu...betul-betul jatuh cintaaa... so kami punya route  dari Vancouver (British Colombia)   ke Calgary (Alberta) pemandangan sepanjang jalan aduhh lawa betull.. sampai kami x tau nak amek gambar.. sepanjang kami ber-roadtrip kami melalui banff national park sebab kami nak ke lake louise / moraine lake dan icefields parkway tu.. so korang kene beli national park pas dalam Rm200 untuk satu kereta. harga bergantung berapa lama kita akan ade dalam national park tu, kalau nak tau harga boleh check national park pass , 






LAKE LOUISE
First spot kami adalah lake louise , masa kami pergi canada ni masa musi summer mcm tu.. tapi xdelah panas dan xdelah sejuk sangat.. warm-warm manja gitu..  so bila keadaan cuaca macam , mesti ramai pelancong.. bila kami setel parking kereta kami bergerak menuju ke lake louise ni.. lawaaa betulll .. xtau nak gambarkan mcm mana keadaan tasik tu... oh ya dekat area tasik tu ade hotel 5bintang ya.. so sapa yang berkemampuan bolehlah stay kt situ... 

Part yang bestnya kat lake louise ni korang bole sewa kayak, aktiviti ni memang jadi satu tarikan dan “things to do” bila da sampai sini.. so kami pon berkayak lah.. besar amat yan tasik ni. Memandangkan kami pergi 10 orang, so masing2 dah ade regu masing2.. jumpa dengan tak jumpa jelah bila kayak tu nnt.. Bila musim sejuk , tasik ni akan membeku dan menjadi ice rink untuk pelancong main ice skating.. 



MISSION ACCOMPLISHED!


MORAINE LAKE 
Lepas penat mengayak.. kami pergi ke Moraine Lake.. jarak anatara Lake Louise and Moraine Lake ni xde la jauh pon.. jalan kaki je .. so just nak bgitau sebab tasik ni lah kami plan nak ke canada...alhamdulillah selepas plan 1tahun,, akhirnya sampai jugak... selain dekat lake louise, dekat sini pon korang bole kayak jugak. Cumanya kene turun sikit la dan kayaknya tak banyak.. so sapa cepat die dapat gitu.. pada mata kami, view sini lagi lawa daripada dekat lake louise, 




MASA NI DAH NAK PUKUL 10MALAM,  BARAIII..

JOHNSTON CANYON WATERFALLS
Memandangkan tengah musim panas masa kami pergi ni, so waktu siang dekat vancouver ni memang panjang.. sampai kadang2 x sedar da pukul 10 malam. Tapi langit macam baru nak maghrib... so lepas kami puas main dengan tasik, kami pergi ke johnston canyon waterfalls..daripada Moraine Lake nak ke Johnston Canyon x jauh pon, dalam 30 min ja.. masa kami sampai tu mmg betul2 nak masuk maghrib so kami jalan sampai lowerfalls je , dalam 30-40mins jugak jalan tu.. puas hati lah sebab xde orang then jalan nak ke waterfalls pon proper.. die xde lah mcm kene hiking ke apa, mmg die ada buat jalan siap2 .. 

masa ni semua da penat/barai.. kami terus gerak balik ke calgary untuk berehat. sbb esoknya kami akan ke revelstoke before ke vancouver.. 

bole baca sambungan part 2 kat SINI

bole follow ig/twitter kami okay : @qayyumsunawan or kalau ada soalan ke nak tanya apa2 ke, bole email kami dekat qayyumsunawan@gmail.com




  • Share:

You Might Also Like

0 comments